Wednesday, March 6, 2013

Proses Kitaran Hidrologi

Kitaran Hidrologi

Proses kitaran hidrologi merupakan satu proses yang tiada titik permulaan dan pengakhirannya. Dalam rajah kitaran hidrologi diatas, air di lautan, atmosfera dan kawasan daratan sentiasa mengalami pertukaran fizikal dan ruang. Pancaran cahaya matahari menyebabkan pemanasan berlaku pada permukaan yang menerima tenaga suria dan ini akan menyebabkan berlakunya sejatan. Sejatan merupakan satu proses dimana berlakunya pertukaran bentuk air, iaitu cecair kepada wap dan dilepaskan ke ruang udara. Sejatan keatas permukaan dari daratan mahupun lautan bersama sejatpeluhan dari tumbuh-tumbuhan membekalkan banyak wap air ke atmosfera. Sementara proses pemeluwapan yang berlaku di lapisan atmosfera akan menyebabkan pembentukan awan. Awan yang mengalami pemeluwapan akan membesar dan apabila sampai pada takat embun, ia akan jatuh sebagai kerpasan ke lantai bumi samada di daratan mahupun kembali semula ke lautan dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk hujan, hujan batu atau salji. Tidak semua air hujan yang jatuh menimpa lantai bumi akan mengalir sebagai air larian permukaan yang mengalir terus ke sungai mahupun lautan, malah ada juga sebahagian daripadanya akan meresap masuk ke dalam struktur tanah sebagai air bawah tanah yang kemudiannya akan masuk ke dalam laut dan akan disejat semula. 

Tuesday, March 5, 2013

Pengenalan kepada Konsep Kitaran Hidrologi


Dalam proses ini air berada dalam kitaran gerakan sekata dari laut ke langit ke bumi. Proses ini boleh disebut sistem sirkulasi air bumi. Air hujan yang jatuh di permukaan tanah masuk ke pusat utama dalam  kitaran hidrologi. Air ini bergerak dengan dari darat ke dalam saluran sungai atau kawasan air yang lain. Pengewapan tidak terhad pada sungai, tasik, atau lautan. Air disedut oleh tumbuhan atau mengalir di lapisan atas tanah boleh juga mengwap ke atmosfera. Di udara wap air mengewap untuk membentuk awan yang akhirnya melepaskan wap air dalam bentuk air hujan.
Ketika air hujan jatuh pada permukaan tanah, sebahagian air akan meresap ke dalam tanah dengan proses yang disebut infiltrasi. Hal ini diangkut ke daun di mana ia akan hilang ke atmosfera sebagai wap. Proses ini disebut transpirasi. Signifikan pergerakan lateral air melalui tanah disebut melalui aliran atau gabungan. Pergerakan bawah air melalui tanah disebut perkolasi. Air yang meresap akhirnya membuat jalan ke zon tepu, di mana semua ruang di antara batu dan tanah telah diisi dengan air. Bahagian atas zon tepu adalah jadual air. Air mengisi ruang antara zarah tanah dan batuan di zon tepu iaitu lumpur.

Air sebagai penyambung kehidupan

Air merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan manusia mahupun haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ia merupakan jisim yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen. Selain  itu, air juga merupakan unsur yang amat penting dalam sistem bumi dan hampir 77% permukaan bumi adalah diliputi oleh air. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3% adalah terdiri daripada air tawar manakala bakinya ialah terdiri daripada air masim. Dalam sistem bumi, air wujud dalam pelbagai bentuk iaitu dalam bentuk air, wap air mahupun ais. Selain itu, air juga sentiasa dalam berada dalam transformasi, iaitu berubah dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Tidak dapat dinafikan bahawa semua organisma hidup dalam sistem bumi memerlukan air untuk meneruskan riwayat hidup. Dalam sistem hidrologi, manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan di atas daratan saling bergantung antara satu sama lain dengan edaran air. Hal ini demikian kerana air merupakan penyambung kehidupan dan berfungsi ke arah mencapai keseimbangan dalam sistem bumi.

Konsep Hidrologi

Hidrologi merupakan asas dalam pengkajian lembangan saliran selain geomorfologi, alam sekitar, perancangan dan sebagainya. Secara terminologi, hidrologi merujuk kepada operasi fenomena semula jadi menurut skala ruang dan masa. Dalam erti kata lain, hidrologi lebih mengkhusus kepada kajian saintifik mengenai air yang berkaitan dengan gabungan elemen hidrogen dan oksigen. Menurut Faderal Council For Science dan Technology, Wishington, 1962, hidrologi merupakan salah satu bidang sains yang berkaitan dengan air yang terdapat di bumi, kejadiannya, pusingannya, sifat kimia dan fizikal serta reaksinya terhadap persekitaran. Selain itu, hidrologi juga merupakan satu proses yang dinamik yang berlaku dalam sesuatu lembangan saliran. Ia juga dapat ditafsirkan sebagai pergerakan jisim air dalam pelbagai bentuk seperti wap, cecair dan pepejal dari satu komponen alam sekitar ke satu kompenen alam sekitar yang lain. Secara ringkasnya, hidrologi ialah satu model konsep yang melibatkan proses simpanan dan pergerakan air di biosfera, litosfera dan atmosfera dimana air diangkut dan disimpan dalam "tangki" semula jadi yang terdapat di atmosfera, tasik, kolam, sungai dan sebagainya.