Tuesday, March 5, 2013

Air sebagai penyambung kehidupan

Air merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan manusia mahupun haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ia merupakan jisim yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen. Selain  itu, air juga merupakan unsur yang amat penting dalam sistem bumi dan hampir 77% permukaan bumi adalah diliputi oleh air. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3% adalah terdiri daripada air tawar manakala bakinya ialah terdiri daripada air masim. Dalam sistem bumi, air wujud dalam pelbagai bentuk iaitu dalam bentuk air, wap air mahupun ais. Selain itu, air juga sentiasa dalam berada dalam transformasi, iaitu berubah dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Tidak dapat dinafikan bahawa semua organisma hidup dalam sistem bumi memerlukan air untuk meneruskan riwayat hidup. Dalam sistem hidrologi, manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan di atas daratan saling bergantung antara satu sama lain dengan edaran air. Hal ini demikian kerana air merupakan penyambung kehidupan dan berfungsi ke arah mencapai keseimbangan dalam sistem bumi.

No comments:

Post a Comment