Tuesday, March 5, 2013

Konsep Hidrologi

Hidrologi merupakan asas dalam pengkajian lembangan saliran selain geomorfologi, alam sekitar, perancangan dan sebagainya. Secara terminologi, hidrologi merujuk kepada operasi fenomena semula jadi menurut skala ruang dan masa. Dalam erti kata lain, hidrologi lebih mengkhusus kepada kajian saintifik mengenai air yang berkaitan dengan gabungan elemen hidrogen dan oksigen. Menurut Faderal Council For Science dan Technology, Wishington, 1962, hidrologi merupakan salah satu bidang sains yang berkaitan dengan air yang terdapat di bumi, kejadiannya, pusingannya, sifat kimia dan fizikal serta reaksinya terhadap persekitaran. Selain itu, hidrologi juga merupakan satu proses yang dinamik yang berlaku dalam sesuatu lembangan saliran. Ia juga dapat ditafsirkan sebagai pergerakan jisim air dalam pelbagai bentuk seperti wap, cecair dan pepejal dari satu komponen alam sekitar ke satu kompenen alam sekitar yang lain. Secara ringkasnya, hidrologi ialah satu model konsep yang melibatkan proses simpanan dan pergerakan air di biosfera, litosfera dan atmosfera dimana air diangkut dan disimpan dalam "tangki" semula jadi yang terdapat di atmosfera, tasik, kolam, sungai dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment